Monday, April 24, 2017

Aktiviti @Institut GPMS Perak

28 hingga 29 April 2017 akan berlangsung Kursus ToT Fasilitator Muda GPMS Perak.

29 hingga 1 Mei 2017 akan berlangsung
Program Majlis Ilmu,Penyampaian Bengkong & Sandang PSGSM CAWANGAN NEGERI PERAK

Sunday, January 8, 2017

GPMS PERAK TERUS MELANGKAH

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM.


Permulaan tahun baru 2017 dilihat sebagai permulaaan baharu bagi GPMS PERAK bagi memastikan perjuangan dan survival bangsa diteruskan bagi menjamin distribusi kuasa yang dipikul oleh GPMS kekal relevan.

Tahun 2017 dilihat sebagai tahun yang lebih mencabar, namun segala perancangan telah disusun bagi memastikan idea dan gerak kerja dapat dijalankan selari dengan perjuangan GPMS dalam meningkatkan darjat pengetahuan bangsa melalui pendidikan. Terdapat pelbagai deskripsi dan persepsi negatif kepada pertubuhan ini namun setiap tafsiran yang dilempar itu sedikitpun tidak menggugat semangat membawa obor perjuangan pendidikan demi anak-anak melayu.

Permulaan 2017 bermula dengan penubuhan pasukan A-TEAM bagi menguruskan segala aktiviti di  Institut GPMS Perak. Penubuhan pasukan A-TEAM daripada individu-individu yang mempunyai pelbagai latar belakang dan terlatih akan memberi nafas baru kepada GPMS PERAK dalam membakar obor perjuangan GPMS.

Nantikan Tahun 2017 GPMS PERAK akan tampil dengan lebih bergaya dan sempoi dengan pendekatan pemimpin-pemimpin muda yang telah dilatih dibawah kepimpinan pengerusi GPMS PERAK saudara Hasnul Fairuz Bin Hushin Amri.

cukup setakat ini dahulu nantikan entry seterusnya berkenaan penubuhan A-TEAM.

Monday, August 1, 2016

PERKHEMAHAN MOTIVASI SMK TOH INDERA WANGSA AHMAD, BATU GAJAH




Assalamualaikum dan Salam Perjuangan ! 

"PERKHEMAHAN MOTIVASI" SMK Toh Indera Wangsa Ahmad telah berjalan lancar dengan jayanya. Perkhemahan tersebut telah dilangsungkan selama 2 Hari 1 Malam di Institut GPMS Perak pada 29 Julai hingga 30 Julai 2016 yang lepas. Perkhemahan tersebut telah disertai seramai 74 orang peserta daripada pelajar sekolah tersebut dan seramai 7 orang guru pengiring. Pihak Institut GPMS Perak mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi memilih Institut sebagai tempat menimba ilmu pembelajaran luar kelas. Sekali lagi kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kelancaran perkhemahan tersebut dan keluarga penggerak yang membantu secara langsung atau tidak langsung. 

Salam Pertemuan dan Taklimat yang diberikan oleh Saudari Miza selepas selesai pendaftaran. 











Permulaan slot aktiviti 'Pecah Ayor" yang dikendalikan oleh Saudara Syed Siddek telah membuatkan para peserta fokus dan tidak sabar menanti aktiviti seterusnya yang akan dijalankan. Syabas kepada penggerak , fasilitator kerana dapat menyediakan aktiviti yang sesuai sepanjang perkhemahan berlangsung.  















Slot Team Building "Carian Karakter" oleh Saudari Izzati bergandingan bersama Saudari Athirah . Pelbagai karakter telah ditonjolkan oleh peserta semasa aktiviti dijalankan. 







Slot Kembara Minda dikendalikan oleh Saudara Kamal Syukri yang berlangsung selepas selesai slot Team Building . Setelah selesai aktiviti Kembara Minda, peserta dilepaskan untuk makan tengah hari dan solat zohor bagi yang muslim. 
Seterusnya, slot aktiviti "Binding Ikatan Mati" yang dikendalikan oleh Saudari Miza dan dibantu oleh Saudara Nabil . Slot tersebut berlaku sedikit konflik dan berjaya dileraikan oleh penghulu dan penghuluwati dimana pertengkaran emosi di antara satu sama lain. Aktiviti tersebut berjaya selepas pembinaan menara KLCC manusia oleh peserta sendiri. 


Majlis Penutup Perkhemahan yang dijalankan sendiri oleh peserta melalui pemerhatian urusetia.


























Saudara Syed Siddek sebagai wakil Institut GPMS Perak menerima cenderamata daripada pihak sekolah.












Gambar kenang - kenangan bersama peserta SMK Toh Indera Wangsa Ahmad, Batu Gajah. 
  

Moga moga para peserta faham, hadam dan menerima pembelajaran yang diberi dan terus istiqomah dalam memperjuangkan agama, bangsa dan tanahair. Semoga para peserta mengambil inisatif dan manfaat yang berterusan serta menjaga antara satu sama lain antara sekeliling kita tanpa mementingkan diri sendiri dengan menindas golongan lain. Salam Pemekar Mesra !


"Pembelajaran yang paling berharga ialah semangat persahabatan yang tidak putus dan kekal selama-lamanya."   

 
 
   
 
   











 







      

     

Tuesday, July 26, 2016

PROGRAM PERKHEMAHAN MOTIVASI SMK T.I.W.A

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Perjuangan !

MAKLUMAN PROGRAM MINGGU INI !

Pada minggu ini terdapat satu program yang akan berlangsung iaitu "Program Perkhemahan Motivasi" SMK Toh Indera Wangsa Ahmad di Institut GPMS Perak.
Butiran adalah seperti berikut :

Tempat  : Institut GPMS Perak
Tarikh    : 29 Julai 2016 Hingga 30 Julai 2016
Hari       : Jumaat Hingga Sabtu (2 Hari 1 Malam)


Dijemput semua hadir bagi memeriahkan program tersebut. InsyaAllah dan terima kasih.

PROGRAM PERKAMPUNGAN ISLAMIK T3 SMK MALIM NAWAR

Assalamualaikum dan Salam Pemekar Mesra !

Pada minggu lepas hari Jumaat sehingga ahad (22 Julai - 24 Julai) telah berlangsungnya Program Perkampungan Islamik T3 SMK Malim Nawar di Institut GPMS Perak.  Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah, Program Perkampungan Islamik T3 SMK Malim Nawar telah berjalan dengan lancar dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang membantu sama ada secara langsung atau tidak langsung. Program yang disertai seramai 36 orang peserta dan guru pengiring seramai 6 orang telah berlangsung dengan jayanya selama 3 hari 2 malam.


Perasmian Perkampungan Islamik T3 SMK Malim Nawar oleh Pengetua SMK Malim Nawar pada jumaat petang.











Permulaan Program yang rancak dapat membuatkan para peserta fokus dan menanti-nantikan aktiviti seterusnya, syabas kepada para penggerak, fasilitator dan juga pihak urusetia kerana mampu untuk menyediakan suasana yang sesuai sepanjang tempoh program berjalan.


 'KUASA PERUBAHAN'

Pengerusi GPMS Perak dalam 'Motivasi Pemimpin' Perkampungan Islamik T3 SMK Malim Nawar. Para peserta memahami dan menghayati apa yang ingin disampaikan dengan jelas setiap kata - kata motivasi .






 Bengkel #BelajarTerusBelajar  Matematik oleh Guru SMK Malim Nawar selepas sarapan pagi. Bak kata pepatah 'Otak Cerdas, Badan Cergas'.








Slot "Killer In The House X Doctor Isohaq" oleh saudara Isohaq Ismar di sebelah petang.










Slot 'Jiwa Bertaut' Muhasabah Diri oleh Saudara Zul Aifaa Zulkaply  di institut GPMS Perak. Begitu menusuk kalbu jiwa dan raga setiap pelajar selepas bermuhasabah diri.








Rumusan Pengakhiran oleh Kem Komandan Saudara Kamal Syukri. Semoga input yang diterima mampu memupuk jiwa  rohani dan insaniah diri peserta untuk terus maju ke hadapan.







 Semoga apa yang dipelajari dapat diaplikasikan oleh semua, tidak kira daripada pihak pengurusan mahu pun para peserta, kerana pembelajaran adalah proses sepanjang hidup, diharapkan agar terus kekal dan beristiqomah dalam memperjuangkan hak-hak agama, anak bangsa dan tanah air tanpa perlu menindas golongan yang lain demi kepentingan sendiri. Akhir kata, ilmu tanpa amal tidak berguna. Salam Pemekar Mesra !

Moh Kite!!!

Moh Kite!!!
AYUH BERSAMA PERJUANGKAN NASIB KITA !

Jom Jadi Kawan Kita

Jumlah Pengunjung hingga hari ini